Quake Maker - http://www.quakemaker.com

CUBA DAN RASAILAH KEHEBATAN PRODUK INI..!!

Wednesday, May 20, 2009

RAHSIA UNTUK MENJADI ISTERI HEBAT..HANGAT..!!



LADY'S HERBS GOLD
(Harga : RM40 SM RM43 SS)
Keperluan Wanita Masa Kini..Penyelesai Masalah Rumahtangga


Formula jamu moden, khusus untuk wanita yang sentiasa ingin kelihatan "Cantik di luar..Sihat di dalam" Awet Muda Luar Dalam. Ladys Herbs Gold dirumus dari 100% herba asli yang diproses secara bio-herb tanpa bahan pengawet, bahan perasa, pewarna dan bahan-bahan yang berasaskan kimia dan dadah. Ia juga tidak mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan tiada kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan.
Penyembuhan penyakit adalah lebih cepat dan berkesan kerana tindakannya bermula dari dalam melalui saraf-saraf dalam darah, kelenjar-kelenjar dan terus ke seluruh tubuh badan. Begitulah hebatnya fungsi herba-herba yang terkandung dalam ramuan Ladys Herbs Gold.

Produk kesihatan ini amat sesuai diambil oleh semua golongan wanita. Ia mampu melancarkan perjalanan darah, menguatkan antibodi (daya tahan penyakit), mengaktifkan saraf denyutan, serta berfungsi sebagai agen awet muda. Ladys Herbs Gold mampu membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan kaum hawa antaranya merapatkan faraj, melancarkan perjalanan haid, merawat senggugut, menghilangkan keputihan dan bau pada faraj dan merawat ketumbuhan (fibroid). Selain itu, ia juga bertindak menghilangkan bau badan, menegangkan kulit, menegangkan payudara, menegangkan punggung, memecahkan lemak yang berlebihan dan mengawal perut dari buncit.


KANDUNGANNYA :

Mas Cotek - 10% Tujuh Temu - 10% Kacip Fatimah - 6% Bunga Patma - 6% Biji Kani - 5% Serapat - 6% Sekecut - 6% Cendawan Kelentit Kering - 5% Madu Lebah Asli - 7% Akar Gajah Beranak - 5% Keledek Batu - 6% Rempah Gunung - 6% Nanas Batu - 5% Penawar Sulong - 5% Kunyit - 6% Halia Padi / Halia Bara - 6%

CARA PENGGUNAANNYA :

Anak Dara @ Belum Berkahwin
Masalah Keputihan (Untuk Maklumat lanjut tentang keputihan, sila baca kat bawah..)

Bagi mereka yang mengalami masalah keputihan yang serius, adalah digalakkan mengambil 2 kapsul pagi dan 2 kapsul disebelah malam. Sekiranya masalah keputihan semakin berkurangan @ hilang.. pengambilan 1 kapsul pagi dan 1 kapsul malam sudah memadai. Pengambilan yang berterusan mampu merawat dan mencegah anda dari dijangkiti pelbagai jenis penyakit dalaman wanita yang lain.
Wanita/Isteri @ yang telah berkahwin
Sekiranya anda mengalami masalah dalaman kewanitaan yang agak serius seperti keputihan, dingin @ kurang nafsu untuk bersama, masalah 'banjir' semasa bersama, penat @ tiada bertenaga atau mudah letih, kekejangan dibetis atau kaki ataupun sukar mendapat 'zuriat'..(dan lain-lain lagi) anda digalakkan mengambil Ladys Herbs Gold seperti cadangan berikut :

  • bancuh 2 kapsul Ladys Herbs Gold (dibuka kapsulnya) dan 1 camca teh Gula Herba dengan air panas suam kira-kira setengah gelas, diminum pagi dan malam. Banyakkan meminum air kosong sekiranya badan terasa panas.
  • Anda dinasihatkan supaya mengikut peraturan dan dos yang dicadangkan untuk mendapatkan kesan @ hasil yang lebih maksimum dan memuaskan...insyaallah. (Anda dialu-alukan untuk menghubungi saya untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut).
Nota: Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, pengambilan Ladys Herbs Gold adalah sebelum anda mengambil sebarang makanan (sarapan /makan malam).

*********************************************************************************************************************************************************
KESAN @ TINDAKBALAS YANG BERLAKU DIPERINGKAT AWAL PENGAMBILANNYA

Diperingkat awal pengambilannya, beberapa tindakbalas akan berlaku tetapi ianya bergantung kepada antibodi dan jenis serta serius mana penyakit yang dialami oleh setiap individu. Dan, setiap tindakbalas ini juga berbeza diantara setiap individu. Tindakbalas ini hanyalah sementara dan akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas mengamalkannya. Namun, ada kemungkinan anda tidak mengalami langsung apa-apa tindakbalas.  Antara tindakbalas yang dimaksudkan adalah seperti berikut...

  • pening dan rasa mual
  • demam
  • sakit-sakit badan
  • pusingan/kitaran haid terganggu
  • pengeluaran haid yg banyak dari kebiasaan
  • badan terasa panas
  • selera makan bertambah
BAGI WANITA YANG MENGHADAPI MASALAH SEPERTI :

SENGGUGUT @ HAID TIDAK TERATUR

Lady's Herbs Gold bertindak melancarkan perjalanan darah haid. Kitaran haid akan terganggu diperingkat permulaan pengambilannya. Darah haid yang lama biasanya berwarna kehitam-hitaman akan keluar. Teruskan mengambil dan mengamalkannya insyaallah kitaran dan pengeluaran darah haid akan menjadi normal dan teratur manakala senggugut pula akan hilang/berkurangan. Badan juga akan terasa lebih segar, sihat dan bertenaga.

KEPUTIHAN

Kebiasaannya, selepas satu atau dua hari mengambilnya keputihan akan keluar dengan lebih banyak dari biasa. Ini merupakan sebahagian dari proses pemulihan dan anda dinasihatkan supaya terus mengamalkannya. Selepas seminggu (mungkin lebih lama) keadaan akan pulih seperti biasa bergantung kepada tahap dan serius mana keputihan yang dialami oleh individu tersebut. Pengambilan yang berterusan akan dapat menghilangkan terus keputihan dan juga bau yang tidak menyenangkan.

Nota : Tempoh yang diambil untuk menghilangkan keputihan ini mungkin berbeza bagi setiap individu. Setiap perubahan yang berlaku menunjukkan tanda bahawa Ladys Herbs Gold sedang merawat @ membaikpulih masalah keputihan anda..insyaallah


UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT/ANAK

Lady's Herbs Gold juga mampu membantu wanita yang menghadapi masalah untuk mendapatkan anak...insyaallah. Maklumbalas dari pengguna yang telah berjaya mendapat zuriat mencadangkan supaya 2 kapsul Lady's Herbs Gold hendaklah diambil bersama dengan Gula Herba secara konsisten selama sekurang-kurangnya 6 bulan. (Sementara para suami juga digalakkan meminum 1 camca teh Gula Herba pagi dan malam) Disamping itu, mereka juga membaca surah Al-Fatihah dan selawat sebanyak tiga kali ketika pertama kali mengambilnya sambil diniatkan didalam hati apa yang dihajati. Banyakkan meminum air kosong sekiranya badan terasa panas. Perlu istiqamah dan jangan cepat putus asa/bosan.


Lady's Herbs Gold juga amat sesuai bagi ibu-ibu lepas bersalin @ dalam pantang.

  • Ianya mampu mengecutkan sistem peranakan (rahim) dengan cepat dan meletakkannya pada kedudukan yang betul
  • menambahkan pengeluaran air susu
  • mengelak bayi daripada dijangkiti penyakit kuning
  • mengempiskan perut
  • mengelakkan angin meroyan

Cara Pengambilan yang dicadangkan :

Minum campuran 2 kapsul Ladys Herbs Gold (dibuka kapsul) dan 1 camca teh Gula Herba yang dibancuh dengan air panas suam diwaktu pagi dan malam. Pengambilan dan amalan yang berterusan mampu mengecutkan dan memulihkan sistem peranakan dengan cepat.

Wanita digalak supaya mengamalkan pengambilan Lady's Herbs Gold secara berterusan. Selain dapat merawat dan menyembuhkan penyakit@masalah dalaman wanita...ia juga terbukti mampu memberikan kebahagiaan kepada suami maupun isteri semasa 'berhubungan intim'. Ramuan herba didalamnya mampu merapatkan dan mengetatkan faraj yang longgar serta mengaktifkan saraf denyutan (kemut) anda....Anda juga akan kelihatan "Awet Muda" diluar mahupun di dalam...

********************************************************************************************************************************************************

Apa Kata Pengguna LADY'S HERBS GOLD

Puan Norazlina Bt Mohamad
Kota Tinggi, Johor

Selepas melahirkan zuriat yang kelima, berat badan saya meningkat sehingga 68kg. Peningkatan yang agak tinggi ini merungsingkan saya sehinggalah diperkenalkan dengan produk Lady's Herbs Gold keluaran Sinaris. Alhamdulillah, berkat keyakinan dan kesabaran menggunakan produk tersebut secara berterusan, berat badan saya kini ialah 48kg. Saya bangga dengan pencapaian diri saya ini. Kini saya rasa lebih sihat dan bertenaga. Melihatkan bentuk badan saya kelihatan lebih menarik, rakan-rakan sering memuji penampilan saya kini. Muda di luar. Sihat di dalam. Terima kasih Sinaris.


Puan Norlizah Bt A. Hamid
Batu Pahat, Johor

Sebelum ini berat badan saya adalah 86kg. Namun selepas mengambil dan mengamalkan Gula Herba untuk tempoh satu (1) bulan berat badan saya telah menurun kepada 79kg. Menyedari kehebatan produk ini, saya meneruskan pengambilannya dua kali sehari hingga kini. Dalam masa yang sama, saya juga mengamalkan pengambilan Lady's Herbs Gold selepas diberitahu kehebatan produk tersebut oleh wakil Sinaris. Alhamdulillah, saya kini telah mengandung selepas lima (5) tahun mencuba berbagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Syukur kehadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan produk Sinaris. Sinaris hebat!

***********************************************************************************************************************************************************************************************

K E P U T I H A N


Apa itu Keputihan?   Anda ada masalah Keputihan ?? Teruk ?? Memang mengaibkan...apatah lagi jika ianya membabitkan hubungan intim bersama pasangan anda. Jom baca artikel berikut yang saya copy and paste dari sebuah laman web..semoga artikel ini dapat membantu anda memahami dengan lebih detail tentang KEPUTIHAN...

JENIS-JENIS KEPUTIHAN

PUTIH :
Lelehan pekat, putih dan tidak menyebabkan kegatalan. Tetapi jika sebaliknya itu menandakan jangkitan kulat.


JERNIH :
Ia petanda anda sedang ''subur''.


JERNIH SERTA CAIR :
Ia boleh berlaku pada waktu berbeza dalam kitar kesuburan, dan mungkin keluar lebih banyak selepas senaman berat.


KUNING ATAU HIJAU :
Ia mungkin petanda jangkitan terutama jika ia pekat dan agak berketul seperti keju, selain berbau busuk.


MERAH KEHITAMAN :
Boleh berlaku selepas haid, ia mungkin sisa darah haid.

''SPOTTING''/ LELEHAN MERAH :
Ia mungkin berlaku disaat anda sedang subur, ketika peringkat awal kehamilan, atau ketika anda sedang dalam haid. Jika ia berlaku sepatutnya anda haid - tapi ia tidak berlaku, maka sebaiknya anda menjalani ujian kehamilan.



PERIHAL JANGKITAN KULAT


Hakikatnya setiap wanita sihat ''menyimpan'' sedikit kulat pada sekitar kawasan kemaluan. Begitupun, jika jumlahnya bertambah dari kadar sepatutnya, situasi akan berubah kepada jangkitan. Dan biasanya ia tiada kena mengena dgn si suami.


Antara puncanya termasuklah mengambil ubat antibiotik, hamil, kencing manis atau kesan terlalu panas hingga banyak berpeluh.



PETANDA JANGKITAN KULAT


Antaranya ialah keputihan pekat, bengkak serta sakit pada sekitar rahim, gatal keterlaluan, dan kesakitan ketika seks berlansung.


Untuk merawatnya doktor akan mengambil contoh sel daripada kemaluan anda untuk menentukan jenis kuman yang menyerang. Kemudian anda mungkin akan diberi ubat untuk dimasukkan kedalam salur kemaluan. Ia berfungsi untuk ''membersihkan '' kawasan terbabit. Tidak pun anda mungkin akan diberi ubat makan..



JENIS JANGKITAN KULAT


Antara yang sering menyerang wanita muda ialah bacterial vaginosis (BV). Ia berpunca daripada bakteria Gardenella Vaginalis . Antara tanda nya ialah lelehan kelabu atau kekuningan berbau hanyir yang lebih kuat selepas seks atau bila di basuh dengan sabun.


Selain itu bengkak pada alat sulit atau Bartholin cyst juga boleh dialami, iaitu bila berlaku pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan. Pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya agak kecil. Ia boleh dikawal melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair terkumpul pada kelenjar itu..


Sementara itu, trichomoniasis pula berlaku disebabkan oleh sejenis organisma yang digelar trichomonas vaginalis. Dan anda boleh dijangkiti jika melakukan seks tanpa perlindungan bersama pasangan yang telah dijangkiti. Masalah ini perlu dirawat menggunakn antibiotik khusus. Selain lelehan kuning atau kekuningan (bagi kes lebih serius), jangkitan ini turut menyebabkan bau hanyir dan rasa sakit serta gatal ketika buang air kecil. Biasanya ketara selepas haid. Chlamydia dan gonnorhea juga boleh memburukkan masalah keputihan..

Artikel di atas diambil daripada: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1859853-keputihan-normal-atau-abnormal/
Diterbitkan pada: Januari 09, 2009


Sekiranya masalah keputihan anda serius.. adalah disarankan supaya anda mendapat khidmat nasihat dari doktor. Tetapi, jika masih tidak mendapat hasil yang memuaskan...apa kata anda cuba alternatif lain dengan mengamalkan produk Lady's Herbs Gold...ramai yang telah mencubanya..terbukti berkesan !!   Insyaallah...


******************************************************************************************************************************

KENALI HERBA DAN FUNGSINYA

Mas Cotek - Ficus deltoidea
Mas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif wanita. Air rebusan keseluruhan tanaman diminum oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada keadaan asal. Ia juga digunakan oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh mengekalkan awet muda dan digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaki dan perempuan. Selain daripada itu, emas cotek berupaya mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancarkan peredaran darah dan rawatan sakit kulit.

Halia Padi / Halia Bara - Zingiber officinale Ross
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat- ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula.

Hempedu Bumi - Andrographis paniculata
Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.


Jintan Hitam
Sejenis pokok kecil berdaun kembar halus yang sangat berkhasiat sehingga hampir dapat menyembuhkan semua penyakit kecuali mati dan tua. Berkhasiat merawat lelah, sesak nafas, batuk, kencing manis, sakit mata, demam, batu karang, sakit kepala, melawaskan pengaliran air kencing, membetulkan perjalanan darah haid, membanyakkan susu ibu, sakit perut, sengal tulang, menghangatkan badan, menawarkan bisa gigitan ular, kelumpuhan, sakit gigi, senggugut, kurap, selsema, membunuh cacing dan sakit kuning.


Kacip Fatimah - Labisia pumila

Pokok Kacip Fatimah ialah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok Kacip Fatimah mashyur dalam perubatan Melayu sebagai merawat wanita yang baru lepas bersalin.


Kunyit - Curcuma domestica
Dalam perubatan, ia digunakan sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka di dalam badan, mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin, membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.

Mengkudu Liar - Morinda citrifolia Linn
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang. Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopesticid.

Misai Kucing - Orthosiphon stamineus, Benth
Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis. Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Serapat - Goniothalamus macrophyllus
Sejenis pokok berbentuk akar berdaun kembar halus. Ada yang berbatang hitam, ada juga yang hijau. Pucuknya apabila dipecahkan akan segera tertangkup dan rapat kembali. Akarnya berkhasiat memulihkan kekenduran dalam rahim akibat melahirkan anak. Merapatkan organ dalaman wanita seperti keadaan daranya. Akarnya dibersih, dikering dan direbus sebelum diminum air rebusannya mengikut keperluan.

Tongkat Ali Hitam - Polyathia Bulata
Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan. Salah satu kaedah yang biasa diamalkan dalam penggunaanya bagi merawat masalah lemah tenaga batin ialah dengan meminum secara berterusan air rebusan akar P. bullata yang dicampur dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclea laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus cyanocarpus).

Tunjuk Langit - Helminthostachys zeylanica
Pokok tunjuk langit banyak terdapat di Malaysia. Ia berkhasiat untuk menguatkan tenaga batin lelaki dan melancarkan perjalanan darah dalam badan di samping dapat membetul serta menegangkan urat-urat dalam badan.



*************************************************************************************************************************************************************************************************

No comments:

Post a Comment