CUBA DAN RASAILAH KEHEBATAN PRODUK INI..!!

Wednesday, May 20, 2009

RAHSIA UNTUK MENJADI ISTERI HEBAT..HANGAT..!!



LADY'S HERBS GOLD
(Harga : RM40 SM RM43 SS)
Keperluan Wanita Masa Kini..Penyelesai Masalah Rumahtangga


Formula jamu moden, khusus untuk wanita yang sentiasa ingin kelihatan "Cantik di luar..Sihat di dalam" Awet Muda Luar Dalam. Ladys Herbs Gold dirumus dari 100% herba asli yang diproses secara bio-herb tanpa bahan pengawet, bahan perasa, pewarna dan bahan-bahan yang berasaskan kimia dan dadah. Ia juga tidak mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan tiada kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan.
Penyembuhan penyakit adalah lebih cepat dan berkesan kerana tindakannya bermula dari dalam melalui saraf-saraf dalam darah, kelenjar-kelenjar dan terus ke seluruh tubuh badan. Begitulah hebatnya fungsi herba-herba yang terkandung dalam ramuan Ladys Herbs Gold.

Produk kesihatan ini amat sesuai diambil oleh semua golongan wanita. Ia mampu melancarkan perjalanan darah, menguatkan antibodi (daya tahan penyakit), mengaktifkan saraf denyutan, serta berfungsi sebagai agen awet muda. Ladys Herbs Gold mampu membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan kaum hawa antaranya merapatkan faraj, melancarkan perjalanan haid, merawat senggugut, menghilangkan keputihan dan bau pada faraj dan merawat ketumbuhan (fibroid). Selain itu, ia juga bertindak menghilangkan bau badan, menegangkan kulit, menegangkan payudara, menegangkan punggung, memecahkan lemak yang berlebihan dan mengawal perut dari buncit.


KANDUNGANNYA :

Mas Cotek - 10% Tujuh Temu - 10% Kacip Fatimah - 6% Bunga Patma - 6% Biji Kani - 5% Serapat - 6% Sekecut - 6% Cendawan Kelentit Kering - 5% Madu Lebah Asli - 7% Akar Gajah Beranak - 5% Keledek Batu - 6% Rempah Gunung - 6% Nanas Batu - 5% Penawar Sulong - 5% Kunyit - 6% Halia Padi / Halia Bara - 6%

CARA PENGGUNAANNYA :

Anak Dara @ Belum Berkahwin
Masalah Keputihan (Untuk Maklumat lanjut tentang keputihan, sila baca kat bawah..)

Bagi mereka yang mengalami masalah keputihan yang serius, adalah digalakkan mengambil 2 kapsul pagi dan 2 kapsul disebelah malam. Sekiranya masalah keputihan semakin berkurangan @ hilang.. pengambilan 1 kapsul pagi dan 1 kapsul malam sudah memadai. Pengambilan yang berterusan mampu merawat dan mencegah anda dari dijangkiti pelbagai jenis penyakit dalaman wanita yang lain.
Wanita/Isteri @ yang telah berkahwin
Sekiranya anda mengalami masalah dalaman kewanitaan yang agak serius seperti keputihan, dingin @ kurang nafsu untuk bersama, masalah 'banjir' semasa bersama, penat @ tiada bertenaga atau mudah letih, kekejangan dibetis atau kaki ataupun sukar mendapat 'zuriat'..(dan lain-lain lagi) anda digalakkan mengambil Ladys Herbs Gold seperti cadangan berikut :

  • bancuh 2 kapsul Ladys Herbs Gold (dibuka kapsulnya) dan 1 camca teh Gula Herba dengan air panas suam kira-kira setengah gelas, diminum pagi dan malam. Banyakkan meminum air kosong sekiranya badan terasa panas.
  • Anda dinasihatkan supaya mengikut peraturan dan dos yang dicadangkan untuk mendapatkan kesan @ hasil yang lebih maksimum dan memuaskan...insyaallah. (Anda dialu-alukan untuk menghubungi saya untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut).
Nota: Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, pengambilan Ladys Herbs Gold adalah sebelum anda mengambil sebarang makanan (sarapan /makan malam).

*********************************************************************************************************************************************************
KESAN @ TINDAKBALAS YANG BERLAKU DIPERINGKAT AWAL PENGAMBILANNYA

Diperingkat awal pengambilannya, beberapa tindakbalas akan berlaku tetapi ianya bergantung kepada antibodi dan jenis serta serius mana penyakit yang dialami oleh setiap individu. Dan, setiap tindakbalas ini juga berbeza diantara setiap individu. Tindakbalas ini hanyalah sementara dan akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas mengamalkannya. Namun, ada kemungkinan anda tidak mengalami langsung apa-apa tindakbalas.  Antara tindakbalas yang dimaksudkan adalah seperti berikut...

  • pening dan rasa mual
  • demam
  • sakit-sakit badan
  • pusingan/kitaran haid terganggu
  • pengeluaran haid yg banyak dari kebiasaan
  • badan terasa panas
  • selera makan bertambah
BAGI WANITA YANG MENGHADAPI MASALAH SEPERTI :

SENGGUGUT @ HAID TIDAK TERATUR

Lady's Herbs Gold bertindak melancarkan perjalanan darah haid. Kitaran haid akan terganggu diperingkat permulaan pengambilannya. Darah haid yang lama biasanya berwarna kehitam-hitaman akan keluar. Teruskan mengambil dan mengamalkannya insyaallah kitaran dan pengeluaran darah haid akan menjadi normal dan teratur manakala senggugut pula akan hilang/berkurangan. Badan juga akan terasa lebih segar, sihat dan bertenaga.

KEPUTIHAN

Kebiasaannya, selepas satu atau dua hari mengambilnya keputihan akan keluar dengan lebih banyak dari biasa. Ini merupakan sebahagian dari proses pemulihan dan anda dinasihatkan supaya terus mengamalkannya. Selepas seminggu (mungkin lebih lama) keadaan akan pulih seperti biasa bergantung kepada tahap dan serius mana keputihan yang dialami oleh individu tersebut. Pengambilan yang berterusan akan dapat menghilangkan terus keputihan dan juga bau yang tidak menyenangkan.

Nota : Tempoh yang diambil untuk menghilangkan keputihan ini mungkin berbeza bagi setiap individu. Setiap perubahan yang berlaku menunjukkan tanda bahawa Ladys Herbs Gold sedang merawat @ membaikpulih masalah keputihan anda..insyaallah


UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT/ANAK

Lady's Herbs Gold juga mampu membantu wanita yang menghadapi masalah untuk mendapatkan anak...insyaallah. Maklumbalas dari pengguna yang telah berjaya mendapat zuriat mencadangkan supaya 2 kapsul Lady's Herbs Gold hendaklah diambil bersama dengan Gula Herba secara konsisten selama sekurang-kurangnya 6 bulan. (Sementara para suami juga digalakkan meminum 1 camca teh Gula Herba pagi dan malam) Disamping itu, mereka juga membaca surah Al-Fatihah dan selawat sebanyak tiga kali ketika pertama kali mengambilnya sambil diniatkan didalam hati apa yang dihajati. Banyakkan meminum air kosong sekiranya badan terasa panas. Perlu istiqamah dan jangan cepat putus asa/bosan.


Lady's Herbs Gold juga amat sesuai bagi ibu-ibu lepas bersalin @ dalam pantang.

  • Ianya mampu mengecutkan sistem peranakan (rahim) dengan cepat dan meletakkannya pada kedudukan yang betul
  • menambahkan pengeluaran air susu
  • mengelak bayi daripada dijangkiti penyakit kuning
  • mengempiskan perut
  • mengelakkan angin meroyan

Cara Pengambilan yang dicadangkan :

Minum campuran 2 kapsul Ladys Herbs Gold (dibuka kapsul) dan 1 camca teh Gula Herba yang dibancuh dengan air panas suam diwaktu pagi dan malam. Pengambilan dan amalan yang berterusan mampu mengecutkan dan memulihkan sistem peranakan dengan cepat.

Wanita digalak supaya mengamalkan pengambilan Lady's Herbs Gold secara berterusan. Selain dapat merawat dan menyembuhkan penyakit@masalah dalaman wanita...ia juga terbukti mampu memberikan kebahagiaan kepada suami maupun isteri semasa 'berhubungan intim'. Ramuan herba didalamnya mampu merapatkan dan mengetatkan faraj yang longgar serta mengaktifkan saraf denyutan (kemut) anda....Anda juga akan kelihatan "Awet Muda" diluar mahupun di dalam...

********************************************************************************************************************************************************

Apa Kata Pengguna LADY'S HERBS GOLD

Puan Norazlina Bt Mohamad
Kota Tinggi, Johor

Selepas melahirkan zuriat yang kelima, berat badan saya meningkat sehingga 68kg. Peningkatan yang agak tinggi ini merungsingkan saya sehinggalah diperkenalkan dengan produk Lady's Herbs Gold keluaran Sinaris. Alhamdulillah, berkat keyakinan dan kesabaran menggunakan produk tersebut secara berterusan, berat badan saya kini ialah 48kg. Saya bangga dengan pencapaian diri saya ini. Kini saya rasa lebih sihat dan bertenaga. Melihatkan bentuk badan saya kelihatan lebih menarik, rakan-rakan sering memuji penampilan saya kini. Muda di luar. Sihat di dalam. Terima kasih Sinaris.


Puan Norlizah Bt A. Hamid
Batu Pahat, Johor

Sebelum ini berat badan saya adalah 86kg. Namun selepas mengambil dan mengamalkan Gula Herba untuk tempoh satu (1) bulan berat badan saya telah menurun kepada 79kg. Menyedari kehebatan produk ini, saya meneruskan pengambilannya dua kali sehari hingga kini. Dalam masa yang sama, saya juga mengamalkan pengambilan Lady's Herbs Gold selepas diberitahu kehebatan produk tersebut oleh wakil Sinaris. Alhamdulillah, saya kini telah mengandung selepas lima (5) tahun mencuba berbagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Syukur kehadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan produk Sinaris. Sinaris hebat!

***********************************************************************************************************************************************************************************************

K E P U T I H A N


Apa itu Keputihan?   Anda ada masalah Keputihan ?? Teruk ?? Memang mengaibkan...apatah lagi jika ianya membabitkan hubungan intim bersama pasangan anda. Jom baca artikel berikut yang saya copy and paste dari sebuah laman web..semoga artikel ini dapat membantu anda memahami dengan lebih detail tentang KEPUTIHAN...

JENIS-JENIS KEPUTIHAN

PUTIH :
Lelehan pekat, putih dan tidak menyebabkan kegatalan. Tetapi jika sebaliknya itu menandakan jangkitan kulat.


JERNIH :
Ia petanda anda sedang ''subur''.


JERNIH SERTA CAIR :
Ia boleh berlaku pada waktu berbeza dalam kitar kesuburan, dan mungkin keluar lebih banyak selepas senaman berat.


KUNING ATAU HIJAU :
Ia mungkin petanda jangkitan terutama jika ia pekat dan agak berketul seperti keju, selain berbau busuk.


MERAH KEHITAMAN :
Boleh berlaku selepas haid, ia mungkin sisa darah haid.

''SPOTTING''/ LELEHAN MERAH :
Ia mungkin berlaku disaat anda sedang subur, ketika peringkat awal kehamilan, atau ketika anda sedang dalam haid. Jika ia berlaku sepatutnya anda haid - tapi ia tidak berlaku, maka sebaiknya anda menjalani ujian kehamilan.



PERIHAL JANGKITAN KULAT


Hakikatnya setiap wanita sihat ''menyimpan'' sedikit kulat pada sekitar kawasan kemaluan. Begitupun, jika jumlahnya bertambah dari kadar sepatutnya, situasi akan berubah kepada jangkitan. Dan biasanya ia tiada kena mengena dgn si suami.


Antara puncanya termasuklah mengambil ubat antibiotik, hamil, kencing manis atau kesan terlalu panas hingga banyak berpeluh.



PETANDA JANGKITAN KULAT


Antaranya ialah keputihan pekat, bengkak serta sakit pada sekitar rahim, gatal keterlaluan, dan kesakitan ketika seks berlansung.


Untuk merawatnya doktor akan mengambil contoh sel daripada kemaluan anda untuk menentukan jenis kuman yang menyerang. Kemudian anda mungkin akan diberi ubat untuk dimasukkan kedalam salur kemaluan. Ia berfungsi untuk ''membersihkan '' kawasan terbabit. Tidak pun anda mungkin akan diberi ubat makan..



JENIS JANGKITAN KULAT


Antara yang sering menyerang wanita muda ialah bacterial vaginosis (BV). Ia berpunca daripada bakteria Gardenella Vaginalis . Antara tanda nya ialah lelehan kelabu atau kekuningan berbau hanyir yang lebih kuat selepas seks atau bila di basuh dengan sabun.


Selain itu bengkak pada alat sulit atau Bartholin cyst juga boleh dialami, iaitu bila berlaku pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan. Pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya agak kecil. Ia boleh dikawal melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair terkumpul pada kelenjar itu..


Sementara itu, trichomoniasis pula berlaku disebabkan oleh sejenis organisma yang digelar trichomonas vaginalis. Dan anda boleh dijangkiti jika melakukan seks tanpa perlindungan bersama pasangan yang telah dijangkiti. Masalah ini perlu dirawat menggunakn antibiotik khusus. Selain lelehan kuning atau kekuningan (bagi kes lebih serius), jangkitan ini turut menyebabkan bau hanyir dan rasa sakit serta gatal ketika buang air kecil. Biasanya ketara selepas haid. Chlamydia dan gonnorhea juga boleh memburukkan masalah keputihan..

Artikel di atas diambil daripada: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1859853-keputihan-normal-atau-abnormal/
Diterbitkan pada: Januari 09, 2009


Sekiranya masalah keputihan anda serius.. adalah disarankan supaya anda mendapat khidmat nasihat dari doktor. Tetapi, jika masih tidak mendapat hasil yang memuaskan...apa kata anda cuba alternatif lain dengan mengamalkan produk Lady's Herbs Gold...ramai yang telah mencubanya..terbukti berkesan !!   Insyaallah...


******************************************************************************************************************************

KENALI HERBA DAN FUNGSINYA

Mas Cotek - Ficus deltoidea
Mas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif wanita. Air rebusan keseluruhan tanaman diminum oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada keadaan asal. Ia juga digunakan oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh mengekalkan awet muda dan digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaki dan perempuan. Selain daripada itu, emas cotek berupaya mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancarkan peredaran darah dan rawatan sakit kulit.

Halia Padi / Halia Bara - Zingiber officinale Ross
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat- ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula.

Hempedu Bumi - Andrographis paniculata
Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.


Jintan Hitam
Sejenis pokok kecil berdaun kembar halus yang sangat berkhasiat sehingga hampir dapat menyembuhkan semua penyakit kecuali mati dan tua. Berkhasiat merawat lelah, sesak nafas, batuk, kencing manis, sakit mata, demam, batu karang, sakit kepala, melawaskan pengaliran air kencing, membetulkan perjalanan darah haid, membanyakkan susu ibu, sakit perut, sengal tulang, menghangatkan badan, menawarkan bisa gigitan ular, kelumpuhan, sakit gigi, senggugut, kurap, selsema, membunuh cacing dan sakit kuning.


Kacip Fatimah - Labisia pumila

Pokok Kacip Fatimah ialah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok Kacip Fatimah mashyur dalam perubatan Melayu sebagai merawat wanita yang baru lepas bersalin.


Kunyit - Curcuma domestica
Dalam perubatan, ia digunakan sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka di dalam badan, mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin, membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.

Mengkudu Liar - Morinda citrifolia Linn
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang. Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopesticid.

Misai Kucing - Orthosiphon stamineus, Benth
Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis. Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Serapat - Goniothalamus macrophyllus
Sejenis pokok berbentuk akar berdaun kembar halus. Ada yang berbatang hitam, ada juga yang hijau. Pucuknya apabila dipecahkan akan segera tertangkup dan rapat kembali. Akarnya berkhasiat memulihkan kekenduran dalam rahim akibat melahirkan anak. Merapatkan organ dalaman wanita seperti keadaan daranya. Akarnya dibersih, dikering dan direbus sebelum diminum air rebusannya mengikut keperluan.

Tongkat Ali Hitam - Polyathia Bulata
Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan. Salah satu kaedah yang biasa diamalkan dalam penggunaanya bagi merawat masalah lemah tenaga batin ialah dengan meminum secara berterusan air rebusan akar P. bullata yang dicampur dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclea laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus cyanocarpus).

Tunjuk Langit - Helminthostachys zeylanica
Pokok tunjuk langit banyak terdapat di Malaysia. Ia berkhasiat untuk menguatkan tenaga batin lelaki dan melancarkan perjalanan darah dalam badan di samping dapat membetul serta menegangkan urat-urat dalam badan.



*************************************************************************************************************************************************************************************************

Thursday, May 7, 2009

RAHSIA KEKAL SIHAT..CERGAS..BERTENAGA

GULA HERBA
(HARGA : RM38 SM RM41 SS)

Formula Pertama Di Dunia




GULA HERBA adalah sejenis minuman kesihatan yang dirumus dari pelbagai jenis herba terpilih. Ianya mampu untuk membekalkan tenaga dalaman dan luaran serta mampu merawat berbagai jenis masalah kesihatan @ penyakit.



Pemakanan yang kita ambil hari ini kurang selamat dan mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit. Ianya memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia. Setiap hari kita makan makanan yang mengandungi bahan perasa,pengawet, pewarna dan klorin.Oleh itu, kita perlu mengambil GULA HERBA sebagai pemangkin kepada bahan kimia yang terdapat dalam makanan seharian kita. Maka bebaslah kita daripada pelbagai masalah kesihatan @ penyakit.


MENGAMALKAN PENGAMBILAN GULA HERBA SECARA BERTERUSAN DAPAT :

(a) membantu menyihatkan dan memberi tenaga kepada badan dengan :
  • Melancarkan Perjalanan darah
  • Merendahkan paras kolesterol
  • Meningkatkan tenaga seksual
  • Membuang Toksid
  • Mengimbangi paras gula dan garam di dalam darah
  • Menghilangkan masalah batu karang, ghout dan buasir
  • Menghilangkan rasa cepat letih, bisa-bisa badan dan sendi, semput/mengah dan masalah buah pinggang
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Melawaskan pembuangan air besar & kecil
  • Menyelesaikan pelbagai lagi masalah kesihatan
(b) merawat (penawar) penyakit yang telah lama bertapak dan sukar dirawat seperti :

  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Buasir
  • Ghout
  • Masalah Seksual
  • Sakit Buah Pinggang
  • Batu Karang
  • Kanser payudara
  • Tiroid
  • Diserang angin ahmar (stroke)
  • Bisa-bisa dalam badan/tulang/sendi
  • Masalah berat badan (gemuk/terlalu kurus)
  • Semput, lelah dan lain lain lagi
(c) menjaga tubuh badan dari serangan/jangkitan penyakit yang merbahaya /kronik

(d) menyeimbangkan kembali sistem-sistem utama tubuh

KANDUNGAN HERBA DAN FUNGSINYA

Tongkat Ali Hitam - 5%
Mengkudu Liar - 6%
Hempedu Bumi - 5%

Fungsinya : Memelihara urat saraf dan membersihkan pembuluh/saluran darah (urat)

Ubi Jaga - 6%
Hulubalang Jantan - 6%
Rancang Padi - 5%
Rancang Tembaga - 5%

Fungsinya : Menambah tenaga dan menghilangkan letih/lesu


Rempah Gunung - 6%
Teja Lawang - 5%
Halia Padi/Bara - 6%

Fungsinya : Membuang lebihan angin dan memecah lemak dan kolesterol

Raja Satong - 6%
Penawar Sulong - 6%
Madu Lebah Asli - 6%
Nenas Batu - 6%

Fungsinya : Membuang sisa toksid, pemulihan masalah dalaman, luka-luka dsbnya

Misai Kucing - 8%

Fungsinya : Mencuci darah dan buah pinggang dari racun dalam badan

CARA PENGAMBILAN :
  • Sukatan – 1 camca kecil - pagi dan 1 camca kecil – malam
  • Dibancuh dengan segelas air panas suam (mudah larut)
  • Untuk tujuan rawatan, boleh diambil sekerap 4 jam sekali
  • Amalkan pengambilan sewaktu perut kosong

Nota :

Sangat sesuai diminum oleh orang yang bekerja berat, bekerja pejabat dan yang mempunyai masalah kesihatan. Dan juga sesuai untuk wanita yg menghadapi masalah dalaman serta ibu yang lepas bersalin (diambil bersama dengan Ladys Herbs Gold)

Bagi yang menghidap Kencing Manis, Darah Tinggi dan Semput - mulakan dengan 1/2 (setengah) camca kecil. Dalam tempoh 3 atau 4 hari jika tiada tindak balas, tambahkan sukatan kepada 1 sudu camca kecil setiap kali pengambilan.

Tidak digalakkan kepada wanita mengandung.

TINDAK BALAS LANGSUNG KESAN DARI PENGAMBILAN GULA HERBA

Dalam masa 3 atau 4 hari setelah meminum gula herba, akan berlaku beberapa tindakbalas terhadap tubuh badan kita. Tindakbalas langsung ini berbeza bagi setiap individu kerana sistem hormon dan sel darah antara seseorang adalah tidak sama. Ia juga bergantung kepada masalah yang dihadapi seseorang itu didalam tubuhnya seperti :


TINDAKBALAS : MASALAH @ PENYEBAB

Mengantuk : Masalah hati
Letih dan penat : Masalah di bahagian dada
Muntah-muntah dan gatal kulit : Masalah sistem penghadaman
Demam : Masalah darah tidak seimbang dan pekat
Kentut : Masalah usus kecil dan besar
Berpeluh : Masalah haba dalam badan
Cirit Birit : Masalah limpa dan hati
Sakit tekak dan kerongkong : Masalah paru-paru
Sengal sendi : Masalah urat darah
Bengkak-bengkak badan : Masalah buah pinggang
Sakit pinggang : Masalah buah pinggang
Sembelit : Masalah usus besar
Kencing berbau : Masalah buah pinggang
Susah buang air kecil : Masalah urat darah dan buah pinggang
Pengeluaran haid berlebihan : Masalah limpa lemak
Kurang selera makan : Limpa sejuk
Gatal bahagian mata : Masalah urat mata dan buah pinggang
Gatal hidung : Masalah resdung
Mengantuk siang hari, kerap kencing, mulut dan kerongkong kering serta perut senak :
Masalah keasidan darah
Bengkak muka dan kaki : Masalah kekurangan protein
Jerawat bertambah : Masalah pengaliran darah di lapisan muka
Adalah diingatkan bahawa kesan langsung tidak sama dengan kesan sampingan. Kesan sampingan adalah gejala tidak sihat yang boleh mengundang kemudaratan kesihatan kepada seseorang ekoran mengambil sesuatu ubat-ubatan atau pun pengambilan herba yang keterlaluan tanpa sukatan yang disyorkan. Kesan langsung pula merupakan tindakbalas awalan yang akan dirasai oleh seseorang dalam waktu yang tidak lama selepas pengambilan herba. Kesan langsung ini menunjukkan bahawa herba yang diambil itu sedang bertindakbalas dengan sistem badan seseorang dan akan berkurangan/hilang selepas seminggu





.....gunakan dengan penuh keyakinan...insyaallah hasilnya pasti memuaskan...









TELAH TERBUKTI BERKESAN !!!

********************************************************************************************************************************










Wednesday, April 15, 2009

RAHSIA WAJAH LEMBUT, HALUS ..CANTIK BERSERI



PRODUK KECANTIKAN MUTIARA KUNYIT

Produk kosmetik pertama di Malaysia berasaskan Mutiara, Kunyit dan Herba. Ianya mampu menghalus, melembut dan mencerahkan kulit wajah. Kandungannya bebas dari hidrokuinon..tiada pengelupasan untuk mencerahkan wajah. Proses pencerahannya adalah secara semulajadi (perlahan-lahan) dari dalam. Ia juga mampu merawat masalah kulit wajah yang berjeragat, kusam, berjerawat, kering dan bekas-bekas jerawat. Wajah anda akan kelihatan lembut, halus dan berseri seperti semulajadi kerana anda tidak memerlukan sapuan bedak selepas menggunakannya.

RANGKAIAN PRODUK MUTIARA KUNYIT


FACIAL CLEANSER
Sem. M'sia RM49.90

Sabah/Sarawak RM54.30

Facial Cleanser - diadun menggunakan ekstrak semulajadi dan ekstrak buah-buahan sebagai bahan utamanya. Bahan-bahan ini bertindak secara lembut terhadap kulit anda. Ia membersih kekotoran pada kulit dan menanggalkan sel-sel kulit yang mati. Produk ini juga diperhebat dengan ekstrak halia yang berfungsi sebagai agen pencucian, pelembab dan penyeri dari bawah kulit serta membantu proses pencerahan wajah secara semulajadi. Penggunaan dua kali sehari secara berterusan akan memrangsangkan pembaharuan sel kulit yang mati seterusnya menghasilkan kelembutan dan kegebuan kulit anda. Facial Cleanser amat sesuai pada semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana ia mempunyai kandungan pH yang seimbang.


Cara Penggunaan:
Basahkan muka terlebih dahulu.
Picit sedikit ditapak tangan dan buihkan dengan sedikit air.
Buat urutan keatas utk kesan yang mujarab. Gunakan 2 atau 3 kali sehari.



TONER
Sem.M'sia RM38.90
Sabah/Sarawak RM42.40


Toner merupakan salah satu daripada rangkaian produk kecantikan Mutiara Kunyit yang berasaskan air. Penggunaannya adalah secara sapuan di bahagian muka mampu bertindak sebagai pembersih kekotoran kulit sehingga ke liang roma. Ia mampu menyejuk dan menyegarkan kulit wajah. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.


Cara Penggunaan:
Digunakan selepas mencuci muka dengan Facial Cleanser. Tekapkan cecair Toner pada kapas kemudian ratakan keseluruh wajah. Biarkan seketika sehingga meresap ke kulit dan seterusnya boleh lah menggunakan krim-krim yang sewajarnya. Gunakan 2 kali sehari.


MOUISTURISING DAY CREAM
Sem.M'sia RM49.90
Sabah/Sarawak RM53.40

Moisturising Day Cream - diadun menggunakan kunyit (tumeric) sebagai bahan utamanya. Krim ini bertindak merawat kulit terus dari dalam untuk melembapkan kulit yang kering, meratakan kulit yang tidak seimbang serta mencerahkan wajah yang kusam. Krim ini sangat halus dan mudah diserap oleh kulit. Anda tidak lagi perlu memakai bedak asas atau krim lain untuk menggunakan Moisturizing Day Cream ini kerana telah diperhebatkan dengan tambahan SPF dan toner.

Cara Penggunaan:
Selepas muka dibersihkan serta menggunakan toner, calitkan sedikit pada bahagian dahi, pipi, hidung serta dagu dan kemudian ratakan.

WHITENING DAY CREAM
Sem. M'sia RM49.90
Sabah/Sarawak RM53.40


Whitening Day Cream - diadun menggunakan ekstrak kunyit sebagai bahan utamanya. Krim ini sangat sesuai untuk kulit yang berjeragat terutamanya pada bahagian yang kering di pipi dan di zon T. Ia bertindak melembapkan kulit serta merapatkan liang roma agar sentiasa kelihatan gebu secara semulajadi. Penggunaan secara berterusan Whitening Day Cream membantu mencerahkan kulit anda secara semulajadi. Ia mudah diserap oleh kulit dan sangat natural sehingga boleh dijadikan bedak asas sebelum bersolek.

Cara Penggunaan :

Selepas muka dibersihkan serta menggunakan toner, calitkan sedikit pada bahagian dahi, pipi, hidung serta dagu dan kemudian ratakan.


ANTI ACNE DAY CREAM
Sem. M'sia RM 49.90
Sabah/Sarawak RM53.40


Anti-Acne Day Cream - diadun menggunakan kunyit (tumeric) sebagai bahan utamanya. Ia mampu merawat kulit yang berjerawat sama ada jerawat pasir atau pun jerawat batu.Proses penyembuhan bagi jerawat pasir lebih mudah berbanding jerawat batu. Selepas sapuan, jerawat pasir akan terus mengecut di dalam kulit atau ia akan keluar dengan sendirinya. Tetapi proses penyembuhan bagi jerawat batu akan mengambil masa sehingga seminggu untuk pulih. Ia akan menghasilkan mata jerawat telebih dahulu sebelum mengecut di dalam kulit dan akhirnya hilang tanpa sebarang kesan.Penggunaan berterusan Anti-Acne Day Cream akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bertindak membunuh bakteria punca jerawat.

Cara penggunaan :
Selepas muka dibersihkan dengan facial Cleanser, sapukan anti acne cream pada seluruh muka. Gunakan diwaktu siang sahaja.


MAGIC BEAUTY ESSENCE
Sem. M'sia RM75.00
Sabah/Sarawak RM78.50

Magic Beauty Essence - merupakan salah satu daripada rangkaian produk kecantikan Mutiara Kunyit yang diadun menggunakan tiga jenis herba sebagai bahan utamanya. Ia bertindak membersihkan kulit secara lembut dan mendalam, merawat jeragat yang teruk serta mampu melembapkan kulit yang kering. Khasiat dari gabungan tiga herba terpilih ini juga mampu menghilangkan kesan-kesan parut lama dan baru pada wajah anda. Penggunaan secara kerap produk kecantikan ini akan menjadikan kulit anda halus dan berseri; selain dari itu ia juga berfungsi sebagai bedak asas.

Cara Penggunaan:
Magic Beauty Essence hanya digunakan selepas wajah anda diratakan samada dengan sapuan Whitening Day Cream atau Moisturizing Day Cream. Calitkan sedikit dimuka dan ratakan dengan lembut. Seelok2nya buat urutan keatas untuk meratakannya. Gunakan pada waktu siang sahaja.
Wajah anda akan kelihatan lembab, lembut dan berseri.


NIGHT CREAM

Sem. M'sia RM58.90
Sabah/Sarawak RM62.40


Night Cream - diadun menggunakan kunyit (tumeric) sebagai bahan utamanya. Krim ini amat lembut dan ianya sangat mudah diserap ke bawah kulit seterusnya merawat wajah tanpa sebarang pengelupasan. Ia juga mampu menegangkan kulit, mengurangkan kedutan pada wajah dan mengenbalikan kecerahan kulit akibat pendedahan sinaran UV matahari. Ia adalah selamat disapu pada bahagian kelopak dan bawah mata. Krim ini hanya untuk kegunaan malam hari sahaja.

Cara Penggunaan :
Bersihkan muka terlebih dahulu dengan menggunakan Facial Cleanser. Kemudian sapukan Night Cream pada seluruh muka. Lebihkan pada kelopak mata dan bawah mata. Buat urutan keatas semasa meratakan pada seluruh muka. Gunakan diwaktu malam sahaja.



SCRUB MUKA
Sem. M'sia RM68.00
Sabah/Sarawak RM76.00

Scrub Muka - diadun dari 100% ekstrak herba terpilih yang bertindak sebagai agen anti septik. Ia dilengkapkan dengan kandungan istimewa penyental muka yang lembut iaitu aloe vera, ekstrak bunga kamomil dan isirung aprikot. Penggunaannya mampu membersihkan muka, membantu menanggalkan sel-sel kulit yang mati serta menyingkirkan kekotoran yang menutupi liang-liang roma di muka seterusnya meningkatkan dan mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi.

Cara Penggunaan :

Dengan sedikit air, sapukan dimuka dengan gerakan secara dari bawah keatas.Cukup lembut untuk kegunaan harian. Gunakan krim pelembab selepas menggunakannya.

MASKER

Sem. M'sia RM130.00
Sabah/Sarawak RM138.00

Masker - diadun dari 100% ekstrak herba terpilih. Ia mengandungi pati pekat humektan dan perapi yang didapati dari sumber asli yang berfungsi untuk melembut dan mengembalikan kecantikan asli kulit. Ia juga mengandungi herba semulajadi seperti minyak 'tea tree' dan pati lidah buaya yang berfungsi sebagai agen kelegaan kulit yang seringkali terkena panahan cahaya matahari akibat daripada aktiviti-aktiviti luar rumah.Masker ini juga telah diperhebat dengan spirulina yang di dalamnya mengandungi pelbagai nutrien yang amat diperlukan oleh kulit untuk kelihatan tampak lebih muda. Penghasilan daripada gabungan semuanya ini mampu memberikan khasiat kepada wajah anda. Ia mudah diserap oleh kulit dan hasilnya, wajah kelihatan lebih berseri, kulit lebih tegang serta licin dan menampakkan lagi keayuan anda. Ia juga membantu melegakan kulit dan merehatkan otot muka yang kepenatan sesudah seharian bekerja.

Cara Penggunaan :
Sapukan diseluruh permukaan muka dan biarkan selama 20 atau 30 minit. Kemudian cuci muka dengan sir sehingga bersih. Gunakan seminggu sekali.

BODY LOTION
Sem. M'sia RM28.00
Sabah/Sarawak RM31.50

Body Lotion - diadun menggunakan ekstrak kunyit, madu dan susu kambing sebagai bahan utamanya. Gabungan ketiga-tiganya serta bahan-bahan yang lain menjadikan produk ini unik. Ia bertindak sebagai agen pelembap semulajadi dan juga memberikan kesan penegangan pada kulit. Ia juga mampu memberikan kelembutan pada kulit anda selain memberikan pelindungan anti-oksida serta membantu menghalang kulit daripada kasar dan kering akibat dari keasn alam semulajadi.

Cara Penggunaan:
Picitkan sedikit ditapak tangan dan sapu di bahagian lengan dan badan. Urut dengan lembut hingga ia betul-betul menyerap.


SET-SET PERCUBAAN UNTUK 3 JENIS KULIT


SET WHITENING
Sem. M'sia RM120
Sabah/Sarawak RM128.00




Set percubaan untuk kulit berjeragat dan kusam
Kandungan : Facial Cleanser, Whitening Day Cream, Magic Beauty dan Night Cream





SET ANTI-ACNE
Sem. M'sia RM120.00
Sabah/Sarawak RM128.00




Set percubaan untuk kulit berjerawat
Kandungan: Facial Cleanser, Anti Acne Cream, Magis Beauty dan Night Cream






SET MOISTURISING
Sem. M'sia RM120.00
Sabah/Sarawak RM128.00





Set percubaan untuk kulit biasa
Kandungan: Facial Cleanser, Moisturising Day Cream, Magic Beauty dan Night Cream




*********************************************************************************************************************